Posted by: pjvpp | September 24, 2008

Majlis Hari Raya

Untuk julung kalinya, Pjvpp bakal mengadakan satu aktiviti yang paling besar utk pertama kalinya..
Aktiviti ini telah dicadangkan pada mesyuarat Ajk yang lalu..
Aktiviti yang berkonsepkan majlis hari raya dan moga aktiviti sebegini dapat mengeratkan silaturahim antara ahli baru dan lama..

Tarikh: 1hb November 2008
Hari: Sabtu
Masa:7.30 mlm – 11.00 mlm
Tempat: Hotel Grand Continental (Pool Side or Coffee House)
Fee: Dewasa – RM 30.00 ( 13 tahun keatas )
Kanak2 – RM 15.00 ( 7 tahun hingga 12 tahun )

Tema baju: Baju Raya Tradisional Melayu

Menu Yang Disediakan:

1 – Sate
2 – Nasi Impit
3 – Nasi Minyak
4 – Ayam Masak Merah
5 – Daging Kurma / Dalcha
6 – Bihun Singapore
7 – Kuih-Muih
8 – Buah-Buahan
9 – Ais Krim
10 – Minuman
11 – kuih raya , sapa ada bawa mai je laaa …

Aturcara Majlis

7.30 malam – 11.00 malam

* ketibaan & pendaftaran
* Ucapan & Doa Selamat
* Makan sambil beramah Mesra
* Karaoke
* Cabutan Bertuah

Majlis Bersurai

———————————————–

Catatan

kepada peserta yang ingin menempah bilik pada malam tersebut , pihak hotel telah memberi harga istimewa dengan bayaran rm 105.00 nett termasuk sarapan pagi,
berbanding harga biasa rm 155.00 nett. Bayaran untuk menyewa bilik boleh juga dibuat melalui akaun yang sama seperti yang tertera di atas.

Kepada yang berminat untuk menyertai aktiviti sebegini boleh lah buat pembayaran pada Bendahari iaitu Kak liza..

Pembayaran bulehlah dibuat seperti di bawah ini :

Maybank Acc No: 157380008551 (Ibrahim Bin Mohamad Yunus)
Selepas Bayaran dibuat, sila hubungi Kak Liza (0164160510)

Tarikh Akhir Pembayaran: 24 – Oct – 08

sebarang pertanyaan lanjut , sila hubungi :

ISRUL : 019-5695311 ( Pengerusi Majlis )
KAK LIZA : 016-4610510 ( Bendahari )
KHALIL : 017-4612979 ( Pengerusi PJVPP )
AE : 012-5314411 ( Biro Aktiviti PJVPP )

Posted by: pjvpp | September 12, 2008

Mesyuarat AJK PJVPP

Untuk makluman semua, PJVPP akan mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PJVPP dan Ahli Jawatankuasa Kecil Biro PJVPP.
Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh :13hb September (Sabtu)
Jam : 6.00 petang (berbuka Puasa Bersama)
Tempat : Marin Batu Uban

Agenda Mesyuarat :
1) Pergerakan Biro-biro PJVPP.
2) Permasalahan satu butik pengantin di Penang.
3) Baju dan Tag nama PJVPP.
4) Menganjur Majlis Hari Raya PJVPP.
5) Communication prob terutamanya untuk ahli yang jarang2 masuk forum.

Semua AJK PJVPP dan AJK kecil Biro PJVPP dikehendaki hadir untuk membincangkan permasalahan dan perkara di atas.

Semua cadangan, keputusan dan maklumat mesyuarat akan dilampirkan selepas mesyuarat nanti di laman WEB PJVPP.

Segala permasalahan, bantahan atau persoalan, boleh diajukan kepada Setiausaha PJVPP atau saya sendiri.
Sila Hubungi saya jika sebarang pertanyaa, 0174162979 (kalel)

Regards,

Ahmad Khalil B Abldul Aziz Ismail
Pengerusi Persatuan Jurufoto Dan Video Pulau Pinang

Posted by: pjvpp | July 20, 2008

Laman PJVPP Untuk Semua

Kami Pihak PJVPP menerima puluhan email yang bertanyakan tentang komuniti ini, kepada mereka yang menghantar email terima kasih.. Laman Komuniti Terbuka Khas Untuk Warga Utara, dan kepada mereka yang berada di luar kawasan utara juga dijemput untuk menyertai komuniti ini..

Komuniti sebegini adalah untuk jurugambar & juruvideo duduk sebumbung untuk membincangkan tentang masalah masing² dan segala bentuk perbincangan yang lain.. kepada mereka yang masih belum berdaftar di forum sila lah berbuat demikian untuk mengetahui segala informasi dan aktiviti yang bakal diadakan..

Terima Kasih
ADMIN

Posted by: pjvpp | July 1, 2008

Forum PJVPP

Assalamualaikum Dan Selamat Datang Kepada Yang Baru Melayari Laman Komuniti PJVPP..
Pihak Pjvpp telah pun melancarkan sebuah forum komuniti 2 bulan yang lalu.. Kepada mereka yang
masih keliru atau pun tercari² forum berkenaan, kami pihak Pjvpp memohon di atas kesulitan yang berlaku..

Sila Lawati ke Forum PJVPP di Forum Persatuan jurufoto dan video pulau pinang.

Terima kasih…

Posted by: pjvpp | May 29, 2008

Forum PJVPP

PJVPP telah melancar kan sebuah forum yang masih ditahap BETA. Kami masih lagi dalam proses perbincangan untuk memiliki hosting sendiri!!

Sila lawati forum tersebut di FORUM PJVPP

Sila daftarkan diri anda diforum berkenaan dan selamat berforum..

Posted by: pjvpp | May 28, 2008

Laporan: Mesyuarat PJVPP (26 – 05 – 08)

Tarikh : 26 Mei 2008 (Isnin)
Jam : 8.30malam.
Tempat : Kedai Nasi Kandar Kapitan’s – bilik mesyuarat tingkat atas.
(Berdekatan Kedai Kassim Mustafa dan Balai Bomba Jetty Penang)
Kehadiran : Semua ahli PJVPP dan mereka yang berminat untuk menyertai ahli.

Topik Yang dibincangkan :

1) Status Penubuhan PJVPP.
2) Cadangan pengurusan dan pengelolaan PJVPP.
3) Cadangan aktiviti riadah sambil berfoto dan bervideo. (Aktiviti bulanan, dan tahunan)
4) Cadangan mewujudkan Biro dari kalangan AJK Penaja.
a) Biro Latihan. (Untuk segala Training dan Kursus)
b) Biro Aktiviti Riadah. (Untuk segala aktiviti riadah dan sukan)
c) Biro Kebajikan dan Zakat. (Untuk segala kebajikan ahli dan juga masyarakat setempat)
d) Biro Pembangunan, Keusahawanan dan Ekonomi. (Untuk menjaga status,quality, harga dan peluang2 perniagaan)
e) Biro Informasi dan Laman Maya. (Untuk menyelenggara laman maya / WEB dan menyalurkan maklumat PJVPP kepada ahli dan orang ramai)
5) Cadangan kekerapan perjumpaan dan mesyuarat PJVPP.
a) TT sebulan sekali. (Kedai Makan)
b) Mesyuarat AJK dan Biro 3 bulan sekali atau bergantung kepada agenda. (Bilik Mesyuarat)
c) Mesyuarat biasa 6 bulan sekali atau kekerapan bergantung pada tajuk dan keperluan mesyuarat. (Bilik Mesyuarat)
d) Mesyuarat Agung 1 tahun sekali. (Bilik Mesyuarat)
6) Cadangan mewujudkan laman WEB PJVPP.
7) Cadangan agar setiap ahli mendaftarkan email account dimana2 host. (bagi yg tiada email account)
Cadangan agar merekacipta kad ahli dan pelekat kereta / motosikal.

Status semasa penubuhan PJVPP – Dalam proses kelulusan Pendaftar Penubuhan Persatuan / Registration of Society (ROS) Pulau Pinang. Dijangka diluluskan dalam bulan Julai atau Ogos

Inilah komuniti/website yang pertama untuk PJVPP, masih lagi didalam proses penyelegaraan..

Jika ingin laman anda dipautkan di laman online ini, sangat digalakkan dan sila hantar maklumat laman anda dialamat email admin di utusanpjvpp@gmail.com

sebarang cadangan, pertanyaan ataupun pengaduan boleh di email kan kepada admin di utusanpjvpp@gmail.com

Categories